Inspirasi bermula dengan langkah

Tiada perjalanan bermula dengan kesempurnaan. Segalanya bermula dengan satu langkah, dan dari langkah itulah inspirasi mula terbina.

Fakhira Aina, Founder Kiraina

Ikuti Kisah

Tentang Kiraina

Kiraina lahir daripada perjalanan saya sendiri yang bermula tanpa sebarang pengalaman sebagai designer. Berasal daripada bidang kimia, saya mula mencuba dunia bisnes dan menguruskan banyak perkara sendiri, termasuk pemasaran.

Pada awalnya, saya menghasilkan poster marketing menggunakan Adobe Illustrator dan Photoshop. Namun, proses pembelajarannya mengambil masa yang panjang. Apabila saya mula berjinak dengan Canva, saya mendapati bahawa belajar design sebenarnya boleh menjadi lebih mudah, asalkan kita tahu di mana mahu bermula dan tools yang sesuai untuk digunakan. Selebihnya hanyalah latihan, penerokaan, dan usaha untuk terus membina kreativiti.

Daripada pengalaman itulah, lahirnya idea untuk membina Kiraina, sebuah jenama digital yang membantu student, business owner, beginner, dan sesiapa sahaja untuk bermula dengan lebih cepat dan lebih yakin melalui tutorial beginner, e-book, dan digital template. Kiraina juga tidak akan berhenti pada Canva sahaja. Dunia digital sangat luas, dan perjalanan ini akan terus berkembang dengan lebih banyak aplikasi, bahan pembelajaran, dan digital template yang akan diterokai dari semasa ke semasa.

Visi

Untuk menjadi ruang digital yang membantu lebih ramai beginner bermula dengan yakin, belajar dengan lebih jelas, dan berkembang dalam dunia kreatif dan digital.

Misi

Setiap perjalanan besar bermula dengan satu langkah kecil.
Kiraina hadir untuk membantu anda memulakan langkah itu dengan lebih jelas, lebih mudah, dan lebih yakin.

About our services

Cras semper auctor neque vitae tempus quam pellentesque

Happy Clients
0
Products
0
Ratings
0

Our Newsletter

Enter your email address to be updated with fresh news

Receive emails updates and hot offers